"Apa yang terbaik untuk diriku?"..Ayat yang terbaik untuk seseorang membuat pilihan.Jika kita menanyakan soalan ini kepada diri kita, pasti diri kita akan berfikir dahulu sebelum
membuat sesuatu perkara. Pasti diri kita akan menyenaraikan perkara baik dan buruk yang
berkaitan dengan pilihan kita.
Aku selalu menanyakan diriku dengan soalan ini. "Apa yang terbaik untuk diriku?"Pada ketika ini, aku tiada haluan yang betul untuk dituju.Jadi, "apa yang terbaik untuk diri"
untuk masa depanku? Aku sekarang keliru dalam pemilihan jurusan ijazah.
Jadi "apa yang terbaik untuk diriku?"
Dan aku selalu menanyakan diriku dengan soalan ini "apa yang terbaik untuk diriku"sebelum aku tidur. Adakah aku harus tidur menurut nafsu aku atau terus dengan xtvt yang
sepatutnya,melawan nafsu ku dan hasutan syaitan.
Dan aku selalu menanyakan diriku dengan soalan ini "apa yang terbaik untuk diriku"ketika urusan jual beli. Adakah aku patut beli barang tersebut atau hanya melihat.
Aku selalu terfikir, kalau aku beli pasti-pasti duit aku akan habis.
So, soalan "apa yang terbaik untuk diriku" sudah terjawab. Jawapannya "tak payah
beli,membazir"!
Padan muka nafsu!
Kesian pula dekat nafsu tu!tak apa lah. Bagus iman, kamu telah menyedari diriku.
Dan aku selalu bertanya pada diriku ini, "apakah terbaik untuk diriku jika aku membuang masa
dengan online?"
Dengan bangganya, nafsu telah menguasai diriku.
Iman pun sedih.
Oleh yang demikian, selalulah amalkan soalan "apa yang terbaik untuk terbaik diriku?"
Dan itulah yang terbaik untuk diriku. Ingatlah bahawa Allah menguji
hambanya berdasarkan
tahap iman hamba itu. Iman juga boleh bertambah dan berkurang.
Labels: ??